Inventori Personaliti Warna merupakan satu instrumen yang digunakan untuk mengenalpasti 4 jenis personaliti berdasarkan 4 jenis warna. Secara umumnya setiap individu mempunyai keempat-empat personaliti ini namun skor pada personality warna yang tertinggi mewakili personaliti dominan individu. Keempat-empat personaliti warna itu ialah;
Personaliti Hijau cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan , cenderung mereka cipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin tahu, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal,kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah, berprinsip dan berasaskan logik. Kata kunci utama personaliti Hijau ialah mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.
Personaliti Emas dikatakan bersifat keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktis, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem dan berperaturan serta menaruh perhatian. Kata kunci utama individu yang berpesonaliti Emas ialah peraturan dan saya bertanggungjawab.
Personaliti Biru melambangkan individu yang bersifat tulin, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan menyelami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang memberi inspirasi, riang gembira, penuh kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati. Kunci utama personaliti ini ialah romantik dan sukakan keharmonian.
Personaliti Jingga menunjukkan individu yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi semangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentiment, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokan, berani, tabah, bertindak atas desakan fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tidak takut serta berkemahiran. Kunci utama personaliti Jingga ialah suka mengembara.